Assalamualaikum wbt.
Kali ini aku berpeluang mendekati golongan gelandangan secara langsung, Apa yang bermain difikiran aku ketika itu hanya lah di mana letaknya erti kemerdekaan kepada golongan tersebut. Disebalik bangunan yang tinggi mencakar langit di bandar Kuala Lumpur, tapi masih ada yang tidak mempunyai rumah untuk berteduh. Apa yang memilukan aku ketika di sebuah lokasi gelandangan aku terlihat seorang kanak-kanak berusia 3 bulan bersama ibunya menetap di kaki lima untuk dijadikan tempat berteduh. Ada juga kanak-kanak berusia 2-8 tahun menetap disitu. Golongan gelandangan ini bernasib baik kerana masih ramai yang perihatin terhadap nasib yang menimpa mereka. Boleh dikatakan pada setiap malam ada sahaja badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau orang perseorangan membantu gelandangan yang begitu mudah dijumpai sepanjang menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Jalan Chow Kit, Medan Tuanku, Dataran Maybank serta sekitar Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Kali ini pasukan sukarelawan kami menyedia kan makanan kering seperti biskut, roti, air mineral selain keperluan kebersihan diri untuk di agihkan kepada mereka yang memerlukan.